Dari Ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: "Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)". Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau". (Riwayat Al-Bukhari)
Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment